Sunday, December 2, 2012

Sejarah Penubuhan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada saudara/ri, rakan-rakan, teman-teman, ibu bapa,datuk nenek dan seluruh penganut agama Islam yang diredhai dan dikasihi Allah sekalian. Alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan nikmat yang diberi oleh Allah saya dapat merealisasikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba Allah yang diberi sedikit kurniaan ilmu pengetahuan mengenai Kalam Allah untuk dikongsikan bersama dengan masyarakat umum.

Sejak belakangan ini, saya seringkali berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ketelatahan manusia mengenai ilmu Allah ini khususnya dalam bidang pengajian al-Quran dan ilmu agama. Ada di kalangan mereka yang berminat untuk belajar tetapi berasa malu dan segan untuk diperlihatkan oleh saudara seislam mereka yang lain, ada juga dikalangan mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak belajar melainkan terdapat seorang ustaz khusus yang mengajar, begitu juga terdapatnya ibubapa yang merasakan jika dihantar ditempat yang terlalu ramai orang maka kualiti anak mereka tiada makna.

Sehubungan dengan itulah, saya merasakan telah tibanya masa untuk menubuhkan suatu badan bertindak untuk membantu saudara/ri, rakan-rakan, teman-teman, ibu bapa, datuk nenek dan seluruh penganut agama Islam yang diredhai dan dikasihi Allah sekalian dalam meneruskan sistem pembelajaran al-Quran ini secara muka ke muka, rumah ke rumah serta di mana jua secara face to face. Dengan izin Allah mudah-mudahan melalui kaedah ini sekaligus dapat melahirkan masyarakat Islam khususnya di negara Malaysia yang cinta dan kasih terhadap al-Quran sekaligus mendekatkan diri kepada Allah.

No comments:

Post a Comment