KAEDAH KHUSYUK DAN TADABBUR DENGAN AL-QURAN
Ramai dari kalangan kita pada hari ini masih tercari-cari kaedah untuk membaca dan mentadabbur al-Quran tetapi susah untuk mendapatinya. Ada juga kalangan kita yang membaca al-Quran berulang-ulang kali sehingga tamat berkali-kali tetapi masih tidak dapat menghayati isi kandungan al-Quran. Insyallah kali ini, I.Q Centre akan memberikan beberapa tips dan kaedah agar kita dapat memahami dan menghayati isi kandungan mukjizat Nabi Muhammad yang merupakan kalam ALLAH yang amat bermakna dan tiada taranya dengan kitab-kitab yang lain.
ë=»tGÏ. çm»oYø9t“Rr& y7ø‹s9Î) Ô8t»t6ãB (#ÿrã/£‰u‹Ïj9 ¾ÏmÏG»tƒ#uä t©.x‹tFuŠÏ9ur (#qä9'ré& É=»t6ø9F{$# ÇËÒÈ
Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.[1]
Antara kaedah-kaedahnya adalah seperti berikut :
1) Hendaklah meneliti dan member tumpuan pada setiap ayat yang and abaca.
2) Cuba lihat maknanya ketika membaca dan memahaminya serta memikirkannya.
3) Perhatikan betuk dan jenis ayat sama ada berbentuk perintah atau ayat berbentuk larangan atau ayat yang mengandungi janji baik iaitu syurga atau rahmat. Ataupun ayat itu mengandungi ancaman azab atau bala daripada Allah.
4) Renungi diri anda dan bermuhasabah[2]diri. Adakah anda telah melaksanakan semua bentuk perintah dalam ayat-ayat yang dibaca sebentar tadi.?
5) Bagaimana pula dengan LARANGANNYA? Sudakah anada meninggalkannya?
6) Yakinkah kita dengan janji baik ALLAH dalam ayat-ayat yang telah kit abaca sebentar tadi? Ataupun kita hanya baca masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
7) Takutkah kita! Gementarkah kita ! dengan ancaman AZAB ALLAH ?
BERSAMA-SAMA KITA RENUNGI, MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMBUKA DAN MENENANGKAN HATI KITA AGAR KITA INI MENDAPAT RAHMAT DAN PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH SAMA ADA DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.
No comments:
Post a Comment