Sunday, December 2, 2012

Sejarah Penubuhan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada saudara/ri, rakan-rakan, teman-teman, ibu bapa,datuk nenek dan seluruh penganut agama Islam yang diredhai dan dikasihi Allah sekalian. Alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan nikmat yang diberi oleh Allah saya dapat merealisasikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba Allah yang diberi sedikit kurniaan ilmu pengetahuan mengenai Kalam Allah untuk dikongsikan bersama dengan masyarakat umum.

Sejak belakangan ini, saya seringkali berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ketelatahan manusia mengenai ilmu Allah ini khususnya dalam bidang pengajian al-Quran dan ilmu agama. Ada di kalangan mereka yang berminat untuk belajar tetapi berasa malu dan segan untuk diperlihatkan oleh saudara seislam mereka yang lain, ada juga dikalangan mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak belajar melainkan terdapat seorang ustaz khusus yang mengajar, begitu juga terdapatnya ibubapa yang merasakan jika dihantar ditempat yang terlalu ramai orang maka kualiti anak mereka tiada makna.

Sehubungan dengan itulah, saya merasakan telah tibanya masa untuk menubuhkan suatu badan bertindak untuk membantu saudara/ri, rakan-rakan, teman-teman, ibu bapa, datuk nenek dan seluruh penganut agama Islam yang diredhai dan dikasihi Allah sekalian dalam meneruskan sistem pembelajaran al-Quran ini secara muka ke muka, rumah ke rumah serta di mana jua secara face to face. Dengan izin Allah mudah-mudahan melalui kaedah ini sekaligus dapat melahirkan masyarakat Islam khususnya di negara Malaysia yang cinta dan kasih terhadap al-Quran sekaligus mendekatkan diri kepada Allah.

Wednesday, October 24, 2012

Friday, August 10, 2012

Lambaian Syawal meninggalkan RAMADHAN


 
        Sedar tak sedar, kita sebenarnya sudah mencapai suatu tahap yang amat menggetirkan. Sedar dan tidak sedar kita sudah sampai ke tahap terakhir dalam bulan ramadhan. Pelbagai lambaian syawal yang mahu meninggalkan ramadhan di seluruh pusat membeli belah. Tetapi kita sebagai umat ISLAM yang benar-benar mencintai RAMADHAN akan berasa sedih dan hiba kerana bulan yang penuh ganjaran ALLAH akan pergi meninggalkan kita selama 11 bulan yang akan mendatang.

           Namun di sini, pihak IQ CENTRE ingin mengajak seluruh warga pembaca dan seluruh umat ISLAM mengimbas kembali ibadah puasa yang telah kita lalui untuk beberapa hari yang telah berlalu. Adakah kita benar-benar mencapai hajat dan cita-cita yang kita pasang pada awalnya atau sekadar meletakkan cita-cita dan hajat tersebut hanya sebagai rutin tahun kita....!!!!!

            KITA masih belum terlambat wahai saudara ku, kita masih sedar dan masih mempunyai ruang dan peluang dalam memperbaiki apa yang telah berlalu, rancang dan isi kembali dengan amalan yang penuh bermakna. Kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada sikap lupa, namun sikap itu jugalah yang membuatkan kita matang dan lebih bersedia untuk meneruskan hidup.

            Untuk mendapat ganjaran yang pasti dari ALLAH itu perlu kita rebuti walaupun kita tidak tahu bila dan ketikanya berlaku lailatul QADAR. Persiapkan diri sekarang jiga sepertimana kita mahu bertemu dengan   peperiksaan. Persiapkan pagi kita untuk malamnya. Persiapakan hati kita untuk bertemu ALLAH dan persiapkan tenaga untuk ibadah kepada-Nya. Bangkitlah wahai saudara seISLAMku, kita ada ALLAH dan kita ada nyawa, maka kita pergunakannya selagi masih berdaya dan mampu.

" SALAM RAMADHAN dari I.Q CENTRE"






Wednesday, May 2, 2012

Wajib Segara Qada` Solat



Wajib bersegera qada solat

Wajib bersegera qada solat
SOALAN:SAYA ada kemusykilan di dalam mengqada solat. Contohnya, jikalau kita terlepas solat subuh adakah kita perlu gantikannya segera pada waktu itu?.
Atau selepas waktu solat zohor? Sebabnya saya ada mendengar dari kawan-kawan saya yang mengatakan gantikan solat wajib yang kita tinggalkan selepas solat Isyak.
JAWAPAN:
SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.
Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.
Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.