Monday, April 23, 2012
Perkembangan Anak-anak
Tuesday, April 17, 2012
KAEDAH KHUSYUK DAN TADABBUR DENGAN AL-QURAN
BENTUK-BENTUK BACAAN AL-QURAN
BENTUK-BENTUK BACAAN AL-QURAN
Apabila membaca al-Quran kita hendaklah memastikan rentak dan kelajuan bacaan kita agar kita tidak melakukan kesalahan ketika membacanya. Terdapat ramai dalam kalangan kita yang membaca al-Quran tetapi tidak mengetahui bentuk-betuk bacaannya dan nama-nama bacaan yang mereka bacakan. Insyallah kali ini, I.Q Centre akan menyatakan beberapa bentuk bacaan yang telah disepakati sebahagian besar ulama`-ulama` terulung dalam Islam.
Terdapat Empat bentuk bacaan dan rentak ketika membaca al-Quran :
1) TAHQIQ : iaitu bacaan yang lambat dan perlahan. Kebiasaannya mereka baru mula belajar membaca al-Quran agar dapat melatih lidah mereka agar menyebut huruf-huruf itu dengan makhraj[1] (tempat keluar huruf) dan sifat huruf dengan fasih dan betul.
2) TARTIL : iaitu bacaan yang sederhana lambat, tenang dan menjaga makhraj dan sifat huruf serta menyempurnakan hokum-hukum tajwid. Kebiasaannya digunakan dalam ujian tilawah dan bacaan bertaranum.
3) TADWIR : iaitu sederhana laju di antara tartil dan hadar, serta menjaga hokum-hukum tajwid. Kebiasaannya digunakan untuk tasmi`[2] hafazan dan ketika dalam solat.
4) HADAR : iaitu bacaan yang laju serta memelihara hokum-hukum tajwid. Kebiasaan digunakan untuk mengulangkaji hafazan al-Quran.
Terdapat dua bentuk bacaan yang haram ketika membaca ayat suci al-Quran :
1) ZAMZAMIAH : iaitu bentuk bacaan yang sangat laju dan tidak menjaga tajwid seperti digunakan dalam jampi atau seperti yang diamalkan oleh imam-imam ketika solat terawih yang berlumba-lumba menamatkan solat dengan pantas, atau ketika bertadarus dengan laju. Kesemua bacaan ini tidak dijaga hukum-hukum tajwid, makhraj dan sifat huruf maka haram diguna pakai ketika membaca ayat suci al-Quran.
2) TAMT`IT : iaitu bentuk bacaan yang menggunakan rentak yang sangat perlahan sehingga memanjangkan huruf-huruf bukan mad.
Penulis merujuk kitab yang dikarang oleh Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Omar Al-Murqi (Kewajipan kita dengan al-Quran).
Monday, April 16, 2012
Umat Yang Kehilangan Jenama
Tuesday, April 10, 2012
HUKUM TAJWID
Alif Lam Qamariah Apabila di atas huruf lam ada tanda sukun.Alif Lam Syamsiah Apabila di atas huruf lam tiada tanda sukun.Mad Bahasa : menambah / memanjangkanIstilah : memanjangkan suara pada kadar 2 hingga 6 harkat pada huruf mad ( alif , waw, ya ) | |
Mad Jaiz Munfasil Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam 2 kalimahPanjang bacaan 4 / 5 harkat Mad Wajib Muttasil Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam 1 kalimahPanjang bacaan 4/5 harkat | |
Mad Lin Apabila huruf waw atau ya bertanda sukun yang huruf sebelumnya berbaris atas, dan huruf selepasnya dibaca sukun kerana wasal.Panjang bacaan 2, 4 atau 6 harkat Mad Aridh Lis Sukun Apabila bacaan diwaqafkan pada huruf akhir dan terdapat huruf mad sebelumnya.Bacaan panjang 2, 4 atau 6 harkat | |
Mad Silah Qasirah Apabila huruf ha tidak bertemu hamzah dalam 2 kalimahKadar bacaan 2 harkat Mad Silah Tawilah Apabila huruf ha bertemu hamzah dalam 2 kalimahKadar bacaan 4 atau 5 harkat Mad Tamkin Apabila terdapat dua huruf ya dalam 1 kalimah dengan ya pertama bersabdu dan ya kedua sukun | |
Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf Apabila huruf mad bertemu dengan huruf sukun dalam 1 kalimahPanjang bacaan 6 harkat Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Apabila huruf mad bertemu huruf bersabdu dalam 1 kalimahKadar bacaan 6 harkat |
Qalqalah Bacaan yang dibunyikan secara melantun balik apabila huruf Qalqalah disukunkan.Qalqalah Sughra Bunyi lantunan yang rendah sedikit pada huruf Qalqalah.Qalqalah Kubra Bunyi lantunan yang besar pada huruf Qalqalah yang diwaqafkan. |
Hukum Nun Sakinah dan Tanwin Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf hija'iyyah akan menghasilkan 4 hukum tajwidIZHAR HALQI / IKHFAK HAKIKI / IDGHAM MAALGHUNNAH / IDGHAM BILAGHUNNAH / IQLAB Hukum Mim Apabila mim sukun bertemu dengan huruf Hija'iyyah akan menerbitkan 3 hukumIKHFAK SYAFAWI / IZHAR SYAFAWI / IDGHAM MISLAIN |
Izhar Halqi Apabila huruf nun bertanda sukun atau tanwin bertemu dengan 6 huruf Izhar.Bacaan jelas dan terang Iqlab Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf ba.Ikhfak Hakiki Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan 15 huruf IkhfakBacaan dengung | |
Idgham Bighunnah/Maal Ghunnah Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan 4 huruf Idgham.Bacaan dengung Idgham Bila Ghunnah Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan 2 huruf ( lam dan ra )Bacaan jelas Idgham Mislain/Mutamasilain Apabila mim sukun bertemu dengan mim bersabduBacaan dengung | |
Ikhfak Syafawi Apabila mim sukun bertemu dengan huruf Ikhfak Syafawi ( ba )Bacaan dengung Izhar Syafawi Apabila mim sukun bertemu dengan semua huruf kecuali mim dan ba.Bacaan jelas dan nyata |
Monday, April 9, 2012
Masalah Disleksia
Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000) iaitu secara ujian dan secara senarai semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond & Hughes1999). Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, UjianSaringan yang mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan,literaliti, urutan dan yang berkaitan.
Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapatdikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa katalisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahupada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengejapada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosotdalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.Namun begitu Disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengantahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah 2000). Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (BOLD 2000). Hasil Kajian pakar perubatanmendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia adalah aktif (Zabidi 2000). Iniadalah kerana hanya pendidikan yang sistematik dan berkesan berdasarkan6 Jurnal Pendidikan 30pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian akan dapatmeminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia.
Monday, April 2, 2012
Hukum Tajwid
Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah.
Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.
QALQALAH KUBRA
Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.
Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.
Kelebihan Membaca Al-Quran
(Abu Daud & Ahmad)
Salah satu cara untuk kita membalas jasa kedua ibubapa, kita hendaklah membaca dan mengamalkan apa yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran. Ibu bapa kita akan dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sinaran mahkota itu mengatasi cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah kita. Jika difikirkan matahari terletak begitu jauh sekali dari kita...walaubagaimanapun cahayanya cukup terang. Bayangkan sinaran dari mahkota yang akan dipakaikan kepada ibubapa kita adalah lebih bersinar lagi dari cahaya matahari...Alangkah hebatnya kekuasaan Allah S.W.T...Oleh itu marilah kita sama-sama mempertingkatkan
bacaan Al-Quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya...
Wallahualam..
Masalah Autisme
Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.
Tanda-tanda
* Tidak suka bersosial.
* Pendengaran tidak normal.
* Mengelak daripada bertentang mata.
* Gangguan pertuturan.
* Corak kelakuan yang berulang.
* Tidak mengendahkan rasa sakit.
Seorang anak yang menghadapi masalah autisme,memang sukar untuk dididik secara biasa, perlu kesabaran memberi perhatian yang banyak kepadanya. Ada juga anak istimewa, selain mempunyai masalah autisme turur juga ada masalah hyperactif. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana kesabaran yang perlu ada untuk mendidik anak yang begini.
Kaedah Pembelajaran
Pembelajaran yang diterapkan melalui IQC (Intelligent Quranic Centre) ini adalah secara "face to face". Melalui kaedah ini kelompangan yang wujud pada diri pembaca akan dikenal pasti sekaligus diperbaiki dan diberi penekanan agar pembaca merasai suatu kenikmatan apabila mendalami ilmu Allah.