Friday, August 10, 2012

Lambaian Syawal meninggalkan RAMADHAN


 
        Sedar tak sedar, kita sebenarnya sudah mencapai suatu tahap yang amat menggetirkan. Sedar dan tidak sedar kita sudah sampai ke tahap terakhir dalam bulan ramadhan. Pelbagai lambaian syawal yang mahu meninggalkan ramadhan di seluruh pusat membeli belah. Tetapi kita sebagai umat ISLAM yang benar-benar mencintai RAMADHAN akan berasa sedih dan hiba kerana bulan yang penuh ganjaran ALLAH akan pergi meninggalkan kita selama 11 bulan yang akan mendatang.

           Namun di sini, pihak IQ CENTRE ingin mengajak seluruh warga pembaca dan seluruh umat ISLAM mengimbas kembali ibadah puasa yang telah kita lalui untuk beberapa hari yang telah berlalu. Adakah kita benar-benar mencapai hajat dan cita-cita yang kita pasang pada awalnya atau sekadar meletakkan cita-cita dan hajat tersebut hanya sebagai rutin tahun kita....!!!!!

            KITA masih belum terlambat wahai saudara ku, kita masih sedar dan masih mempunyai ruang dan peluang dalam memperbaiki apa yang telah berlalu, rancang dan isi kembali dengan amalan yang penuh bermakna. Kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada sikap lupa, namun sikap itu jugalah yang membuatkan kita matang dan lebih bersedia untuk meneruskan hidup.

            Untuk mendapat ganjaran yang pasti dari ALLAH itu perlu kita rebuti walaupun kita tidak tahu bila dan ketikanya berlaku lailatul QADAR. Persiapkan diri sekarang jiga sepertimana kita mahu bertemu dengan   peperiksaan. Persiapkan pagi kita untuk malamnya. Persiapakan hati kita untuk bertemu ALLAH dan persiapkan tenaga untuk ibadah kepada-Nya. Bangkitlah wahai saudara seISLAMku, kita ada ALLAH dan kita ada nyawa, maka kita pergunakannya selagi masih berdaya dan mampu.

" SALAM RAMADHAN dari I.Q CENTRE"






Wednesday, May 2, 2012

Wajib Segara Qada` Solat



Wajib bersegera qada solat

Wajib bersegera qada solat
SOALAN:SAYA ada kemusykilan di dalam mengqada solat. Contohnya, jikalau kita terlepas solat subuh adakah kita perlu gantikannya segera pada waktu itu?.
Atau selepas waktu solat zohor? Sebabnya saya ada mendengar dari kawan-kawan saya yang mengatakan gantikan solat wajib yang kita tinggalkan selepas solat Isyak.
JAWAPAN:
SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.
Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.
Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Monday, April 23, 2012

Perkembangan Anak-anak

Definisi Perkembangan

Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. Menurut Atan Long (1980), perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepada tiga tahap :
a) Tahap awal kanak-kanak
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh dan remaja


Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian dan didikan ibubapa yang berterusan di mana ibubapa memenuhi keperluan emosi dan fisiologi anak-anak. Hubungan ibubapa dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibubapa dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.
Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibubapa semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibubapa wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.
Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Tuesday, April 17, 2012

KAEDAH KHUSYUK DAN TADABBUR DENGAN AL-QURAN


KAEDAH KHUSYUK DAN TADABBUR DENGAN AL-QURAN
Ramai dari kalangan kita pada hari ini masih tercari-cari kaedah untuk membaca dan mentadabbur al-Quran tetapi susah untuk mendapatinya. Ada juga kalangan kita yang membaca al-Quran berulang-ulang kali sehingga tamat berkali-kali tetapi masih tidak dapat menghayati isi kandungan al-Quran. Insyallah kali ini, I.Q Centre akan memberikan beberapa tips dan kaedah agar kita dapat memahami dan menghayati isi kandungan mukjizat Nabi Muhammad yang merupakan kalam ALLAH yang amat bermakna dan tiada taranya dengan kitab-kitab yang lain.
ë=»tGÏ. çm»oYø9t“Rr& y7ø‹s9Î) Ô8t»t6ãB (#ÿr㍭/£‰u‹Ïj9 ¾ÏmÏG»tƒ#uä t©.x‹tFuŠÏ9ur (#qä9'ré& É=»t6ø9F{$# ÇËÒÈ
Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.[1]